
Apakah tugas sebenar Setiausaha politik(SUPOL)? Adakah mereka ini yang merencanakan perjalanan politik bos mereka(menteri) atau pun tidak kurang juga yang menggunakan jawatan ini sebagai platform untuk menjadi wakil rakyat.. Jika benar kawatan SUPOL ini digunakan untuk political mileage..maka siapakah yang sebenarnya menjaga hal ehwal politik bos mereka??
Merujuk kepada Perkara 43C Perlembangaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:
(1) Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya patut untuk menjadi Setiausaha-Setiausaha Politik.
(1) Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya patut untuk menjadi Setiausaha-Setiausaha Politik.
(2) Seseorang yang dilantik sebagai Setiausaha Politik menurut kuasa Perkara ini--
(a) tidak semestinya seorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
(a) tidak semestinya seorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
(b) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa;
(c) tertakluk kepada perenggan
(b), hendaklah terus memegang jawatan sehingga masa pelantikannya ditamatkan oleh Perdana Menteri.
(3) Peruntukan Fasal (4) Perkara 43B hendaklah terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Politik sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Parlimen
(3) Peruntukan Fasal (4) Perkara 43B hendaklah terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Politik sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Parlimen
(4) Tugas-tugas dan fungsi-fungsi Setiausaha-Setiausaha Politik, dan saraan mereka, hendaklah ditentukan oleh Jemaah Menteri.
Justeru jika dilihat bahawa jawatan SUPOL ini adalah satu jawatan yang penting dan mereka menrupakan antara anggota kerajaan. Maka sewajarnya SUPOL melaksanakan tugas yang diberikan dengan sewajarnya. mereka perlu menjaga kewibawaan dan imej bos mereka. Janganlah memalukan mereka dengan perkara-perkara yang tidak senonoh..