Tuesday, June 5, 2018

Rakaman Percakapan/ Keterangan suspek dan saksi bagi kes jenayah Pengubajan Wang Haram

Rakaman keterangan saksi/ suspek bagi Jenayah Komersil/ Kewangan spt  Pengubahan  Wang Haram(Money Laundering)

1) Berapa kali suspek/saksi perlu dipanggil untuk memberi keterangan /rakaman percakapan(Record Statement)? Ianya tidak memadai hanya sekali. Ia perlu berulang  kali.

2) Dalam Sesi  rakaman percakapan, pegawai penyiasat  akan bertanyakan pelbagai soalan dan akan merujuk kepada pelbagai  dokumen dan eksibit  untuk pengesahan.

3) Kadang kala saksi/ suspek akan memberikan jawapan :
           *Saya tak ingat la, dh lama sgt
           *saya tak tau pun mengenai perkara ini
            *saya kena tanya dgn pegawai saya
            *Ini kali pertama saya tgk dokumen ni

4) Kadang  kala ada suspek/ saksi yg memberikan keterangan palsu, sedangkan mereka telah bersumpah  utk memberikan keterangan yg benar.Mereka  beranggapan pegawai  penyiasat tidak tahu atau tiada bukti.

5) Kadang kala ada saksi /suspek yg hadir memberikan jawapan standard yg telah di ajar(coaching) oleh  peguam mereka.

6) Kadang kala suspek/ saksi akan ckp... "you tau tak,  your bos/ Menteri so and so ni kawan baik saya"......  . 

7) "Tuan..saya tak tau english  sama malayu.. Kasi panggil kawan ckp bole".... (foreigner)

8)Dari body language,  pegawai penyiasat  bole tau sama ada suspek/saksi bercakap bohong atau benar.

Muhamad Nazri Shaidon,CFI
Certified Financial  Investigator
PhD candidate(Law)

Lawyer and Anti Money Laundering (AMLA) Law in Malaysia

Knowledge Sharing : Lawyers  and  AMLA in Malaysia. Lawyers  are classified as a Reporting  Institutions  under Designated Non Financial  Bu...