Sunday, July 1, 2018

Adakah boleh pihak berkuasa menjual barang rampasab yang disiasat kerana Pengubahan Wang Haram

Isu : Adakah boleh pihak berkuasa menjual barang rampasan yang disiasat kerana pengubahan Wang Haram?

1) Kita perlu  faham bahawa mana-mana aset/ harta yang dirampas  dari  premis merupakan  subjek kepada siasatan dibawah AMLA.

2) Pegawai Penyiasat  perlu menjalankan siasatan terperinci khususnya on Money Trail untuk  membuktikan  bahawa barang rampasan tersebut telah  dibeli dari sumber/  hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram seperti  rasuah.

3) Justeru, bagaimana  pihak  berkuasa boleh menjual harta/ aset tersebut sedangkan tiada bukti/ evidence.

4) Dalam serbuan yg dijalankan, pegawai serbuan  akan merekodkan segala aset/barang yang dirampas seperti  laptop, barang kemas dan jam tangan. Apa tujuan rekod  tersebut?  Seandainya suspek kes dituduh di Mahkamah, maka pegawai  penyiasat  akan kemukankan (tender) senarai geledah(search list)  tersebut di Mahkamah.

5) Di dalam kes pengubahan  wang  haram,  pegawai penyiasat  akan kemukakan fakta kes,perkaitan barang rampasan dan aset/ bank akaun yg disita.

6) Di dalam  AMLA,  Agensi  Penguatkuasa  boleh menjual aset/harta yg disita jika dikhuatiri nilai pasaran aset/harta tersebut akan susut atau berkurangan seperti nilai kenderaan spt di dalam peruntukkan  undang2 AMLA.

7) Justeru,  seharusnya semua pihak harus memberikan ruang kepada  agensi penguatkuasa  untuk menjalankan siasatan secara terperinci kerana  siasatan jenayah pengubahan wang haram adalah kompleks.

8.) Seharusnya biarlah pihak yg berkuasa  menjalankan siasatan mengeluarkan  kenyataan dari masa ke semasa.

9) Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dan perlu melaporkan progess atau hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan bukan pada pihak Media... Kerana Mahkamah  yang akan membuat keputusan  dan bukannya berdasarkan  pandangan orang awam.

10)  Setiap individu  dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan  bersalah di Mahkamah.

Muhamad Nazri Shaidon
Certified Financial Investigator (AML/CFT)
PhD candidate(Law)
#Integrity#Governance#CombatingML#

Lawyer and Anti Money Laundering (AMLA) Law in Malaysia

Knowledge Sharing : Lawyers  and  AMLA in Malaysia. Lawyers  are classified as a Reporting  Institutions  under Designated Non Financial  Bu...