Perkongsian Ilmu : 29 September 2021
Apakah perbezaan Kompaun dan Pendakwaan kes AMLA?
Merujuk kepada Seksyen 93 Akta pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan 2001 (AMLA), Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Merujuk kepada seksyen 92 Akta AMLA merujuk kepada Kuasa pihak berkuasa berwibawa untuk mengkompaun kesalahan .
Seksyen 92(1) AMLA mnyatakan Pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya
(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen(1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat
Sir Nazri
Kuala Lumpur
#education
#awareness
#dakwahsunnah
#AMLA
#MoneyLaundering
#dakwah