Perkongsian Ilmu
Topik: Skim Cepat Kaya
"Anda ingin Kaya"? "Benar.. Semua orang ingin Kaya... "✈️🚁
Kenapa masyarakat terpengaruh?
1) Pelan pelaburan kami patuh shariah.
2) Pengerusi syarikat/ Pengarah merupakan orang V. I.P, ahli sarjana, ahli politik, mahupun selebriti
3) Kami ada strong connection/ networking dengan pihak berkuasa 😀
ungkapan yg cukup memberi motivasi kepada kita semua Untuk melabur tanpa membuat usaha semakan wajar (Due Diligence)
Namun dalam mencari kekayaan..jangan mudah tertipu dengan skim cepat kaya @kayap
Pastikan anda bukanlah mangsa penipuan skim cepat kaya seterusnya...
Dalam Keadaan semasa in, ini, Jangan Mudah percaya dengan mana2 skim atau pihak yang menjanjikan keuntungan dengan Kadar segera...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Apa Hukum Skim Cepat Kaya?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009
LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang
sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai
penganjur atau pengantara atau pelabur.
Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ambil tahu..buatlah penilaian yg sewajarnya..(due diligence)
Jangan lupa perbanyakkan sedekah...untuk menjamin kekayaan di akhirat..
Bersuka ria di hari raya,
Pakai songkok pakai celana;
Jangan terpedaya skim cepat kaya,
Modal habis diri merana
Biarlah orang berhari raya
Kita pergi merambah dahan;
Biarlah orang mencari kaya,
Kita mencari redanya Tuhan.
#Pastikan anda bukanlah mangsa penipuan seterusnya#
Sir Nazri
Kuala Lumpur
#Awareness
#Education
#skimcepatkaya
#Ponzischeme
#Dakwahku
-----------------------------------------------------------------------------
1)Watch "Skim Cepat Kaya? Part 1/3" on YouTube
https://youtu.be/mFvOnPGGQWs
2)Watch "Skim Cepat Kaya. Part 2/3" on YouTube
https://youtu.be/Qt95bAPy8rU
3)Watch "Skim Cepat Kaya. Part 3/3" on YouTube
https://youtu.be/8jSKDSKvNkg