Saturday, August 12, 2023

awas Skim Cepat Kaya @ Ponzi Schemes

Perkongsian Ilmu : Skim Cepat Kaya @ Ponzi Schemes

"Anda ingin Kaya"? "Benar.. Semua orang ingin Kaya... "✈️🚁

Kenapa masyarakat terpengaruh?

Masyarakat Malaysia disajikan / di momokkan dgn cerita atau skrip yang menarik @ wow factors spt:

1) Pelan pelaburan kami PATUH SHARIAH.
2) Pengerusi syarikat/ Pengarah merupakan orang V. I.P, ahli sarjana,  ahli politik, mahupun  selebriti
3) Kami ada strong connection/ networking dengan pihak berkuasa...Parti Politik..Datuk,Tan Sri...Org Bangsawan..Kerabat..Menteri Dan sewaktu dengan nya 😀

Ungkapan yg cukup memberi motivasi kepada kita semua Untuk melabur tanpa membuat usaha semakan wajar (Due Diligence)

Namun dalam mencari kekayaan..jangan mudah tertipu dengan skim cepat kaya @kayap
Pastikan anda bukanlah mangsa penipuan skim cepat kaya seterusnya...

Dalam Keadaan semasa in,  ini, Jangan  Mudah percaya  dengan mana2 skim atau  pihak  yang  menjanjikan keuntungan dengan Kadar segera...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa Hukum Skim Cepat Kaya?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang
sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai
penganjur atau pengantara atau pelabur.

Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ambil tahu..buatlah penilaian yg sewajarnya..(due diligence)

Jangan lupa perbanyakkan sedekah...untuk menjamin kekayaan di akhirat..

Bersuka ria di hari raya,
Pakai songkok pakai celana;
Jangan terpedaya skim cepat kaya,
Modal habis diri merana

Biarlah orang berhari raya
Kita pergi merambah dahan;
Biarlah orang mencari kaya,
Kita mencari redanya Tuhan.

#Pastikan anda bukanlah mangsa penipuan seterusnya#

Sir Nazri
Kuala Lumpur
#Awareness
#Education
#skimcepatkaya
#Ponzischeme
#Dakwahku
-----------------------------------------------------------------------------

1)Watch "Skim Cepat Kaya? Part 1/3" on YouTube
https://youtu.be/mFvOnPGGQWs

2)Watch "Skim Cepat  Kaya. Part 2/3" on YouTube
https://youtu.be/Qt95bAPy8rU

3)Watch "Skim Cepat  Kaya. Part 3/3" on YouTube
https://youtu.be/8jSKDSKvNkg

Lawyer and Anti Money Laundering (AMLA) Law in Malaysia

Knowledge Sharing : Lawyers  and  AMLA in Malaysia. Lawyers  are classified as a Reporting  Institutions  under Designated Non Financial  Bu...