Harta/ Aset sitaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) :
1) Pegawai Penyiasat perlu memberikan Perintah (Order) di bawah Akta AMLA utk membekukan harta/aset/akaun bank yg berkuatkuasa selama 90 hari. (Perintah Pembekuan / Freezing Order) . Ia bertujuan utk Pegawai Penyiasat menjalankan siasatan khususnya berkaitan jejak kewangan (money trail)
2) Sudah pasti dalam tempoh tersebut, Pegawai Penyiasat akan memanggil suspek, saksi dan mana2 individu yg boleh memberikan keterangan.Rakaman percakapan akan dilakukan. Sudah pasti banyak dokumen yg perlu dirujuk dalam sesi keterangan tersebut.
3) justeru, rakaman percakapan /keterangan akan dilakukan lebih dari sekali. Dalam tempoh ini juga suspek tidak dibenarkan ke luar negara melainkan mendaoat kebenaran bertulis dari Agensi Penguatkuasaaan Tersebut.
4) Sebelum tamat tempoh 90 hari tersebut, pegawai penyiasat akan menjalankan siasatan dan memaklumkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.
5) Seandainya cukup bukti, maka pendakwaan akan dilakukan bergantung pada sesuatu kes.
6) Tetapi jika kes tersebut agak complex, maka pegawai penyiasat memerlukan lebih masa, maka pegawai penyiasat akan memberikan Perintah Penyitaan(Seizure Order)
7) Bagaimana pula aset spt wang tunai Ringgit Malaysia/ matawang asing, barang berjenama mewah yg dirampas sewaktu serbuan dijalankan?
8.) Ianya di anggap sebagai barang rampasan atau eksibit . Sudah pasti ianya tidak boleh diserahkan kepada suspek. Ianya akan dijadikan sebagai bukti(evidence).
9) Justeru, Pegawai penyiasat perlu tahu akan perkaitan bahan bukti dengan kes yang disiasat. Jika tidak, defence counsel akan challenge dgn mengatakan bahawa pegawai penyiasat mempunyai niat jahat/ mala fide dalam kes tersebut.
10) Bolehkah barangan mewah seperti jam tangan dan hand bag dijual?..... nantikan jawapan...
Muhamad Nazri Shaidon
Certified Financial Investigator (AML/CFT)
PhD candidate (Law)