Tuesday, September 4, 2018

Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan :Kuasa Pendakwaan

Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan: Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah.
Kedudukan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya disebutkan secara khusus dalam seksyen 376(1) Kanun Acara Jenayah.

Ringkasan  peranan Peguam Negara-
1)Penasihat perundangan Kerajaan Persekutuan

2)Ketua Pendakwa di bawah Kanun Acara Jenayah, yang bertanggungjawab ke atas semua prosiding jenayah di Malaysia.

Persoalan: Sejauh mana kuasa yang dimiliki  oleh Peguam Negara?

Dalam kes Long bin Samat lwn Pendakwa Raya (1974) 2 MLJ 152,
Mahkamah memutuskan bahawa Pendakwa Raya ada budi bicara me­netapkan apa jua pertuduhan yang difikirkannya sesuai terhadap seorang tertuduh dan mahkamah tidak ada kuasa mengganggu kuasa budi bicara tersebut.

Fakta Kes:
OKT (orang kena tuduh) telah dituduh menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, walaupun ada asas bagi dia dituduh dengan kesalahan menyebabkan kece­deraan parah di bawah Seksyen 326 (yang membawa hukuman lebih berat jika disabitkan ke­salahan)

Isu perundangan:
Adakah Peguam Negara ada budi bicara memilih pertuduhan yang lebih ringan terhadap OKT?

Keputusan  Mahkamah:
Mahkamah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara ada budi bicara mengawal dan mengarah semua pendakwaan jenayah - bukan setakat memulakan dan menjalankan mana-mana prosiding jenayah, bahkan juga memberhentikan prosiding yang telah dimulakannya.

Selain itu, mahkamah menegaskan ia tidak ada kuasa mempersoal kuasa budi bicara Peguam Negara itu, apatah lagi memaksa beliau memilih pertuduhan yang lebih berat sekiranya beliau memilih pertuduhan yang lebih ringan.

Dalam kes Karpal Singh & Yang Lain v. Pendakwa Raya (1991) 2 MLJ 544,

Fakta kes:
Seorang kena tuduh (OKT) telah dituduh di bawah Akta Polis 1967 kerana mengambil bahagian di dalam perjum­paan di tempat awam tanpa kebenaran pihak polis.

Isu Perundangan:

Adakah mahkamah mempunyai kuasa memastikan kuasa budi bicara Pendakwa Raya itu tidak disalahgunakan?

Keputusan Mahkamah:
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145 Fasal (3) itu adalah muktamad dan tidak boleh disoal atau digantikan oleh kuasa budi bicara mahkamah.

Untuk  rekod pada tahun1970, Tan Sri Abdul Kadir Yusof merupakan Peguam Negara dan beliau juga merupakan  seorang menteri kabinet.

2 Situasi Pendakwaan:

1) Sekiranyan OKT telah dituduh di Mahkamah dan diwakili peguam, pastinya peguam akan meminta mahkamah segera menilai kes pendakwa tersebut dan disebabkan tidak ada keterangan atau saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, maka peguam akan meminta mahkamah membuang kes itu serta melepaskan dan membebaskan OKT. Seorang OKT yang telah dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah dalam situasi begini tidak boleh dihadapkan ke mahkamah sekali lagi menghadapi pertuduhan sama di masa depan kerana dia sudah dilin­dungi oleh prinsip double jeopardy yang termaktub dalam Perkara 7Perlembagaan Persekutuan.

2) Seandainya  OKT telah dituduh tetapi perbicaraan belum sempat bermula) dan mahkamah hanya meme­rintahkan OKT dilepaskan tanpa dibebaskan, OKT boleh diheret semula ke mahkamah di masa depan sekiranya  ada kes tehadap OKT.

Sir Nazri
Certified Financial Investigator (AML)
PhD candidate (Law)

Lawyer and Anti Money Laundering (AMLA) Law in Malaysia

Knowledge Sharing : Lawyers  and  AMLA in Malaysia. Lawyers  are classified as a Reporting  Institutions  under Designated Non Financial  Bu...