Perkongsian sedikit ilmu AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) di Malaysia.
1) Seandainya akaun/ harta/ aset anda telah dibekukan oleh Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang. Ianya akan berkuatkuasa selama 90 hari. (Freezing Order under AMLA).Ini kerana Agensi Penguatkuasaan di Malaysia mempunyai "Reason to Suspect" bahawa akaun/harta/aset yg dibekukan ada kaitan dengan aktiviti Pengubahan Wang Haram.
2) Sekiranya Agensi Penguatkuasaan di Malaysia telah menjumpai bahan bukti dan pihak Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati (satisfied) dgn evidence tersebut, maka akaun/harta dan aset tersebut boleh disita dibawah Seizure Order selama tidak lebih dari 9 bulan dari tarikh sitaan tersebut yg bertujuan utk melengkapkan kertas siasatan pegawai penyiasat.
3) 90 hari/ 3 bulan (Freezing Order) + 9 bulan(Seizure Order) = 12 bulan / 1 tahun.
4) Seandainya akaun/harta dan aset tersebut telah disita di bawah Seizure Order AMLA, pegawai penyiasat silalah maklumkan kpd pemilik akaun/ harta dan aset...agar mereka tahu status siasatan dan harta milik mereka.
5) Rakan peguam yg bijaksana tu....memandangkan anak guam dh bayar jutaan Ringgit Malaysia..maka bagilah nasihat perundangan yg sewajarnya..jgn dibiarkan mereka dalam kegelapan....menanti sinar yang tak kunjung tiba.
*contoh aset/harta yg boleh dibekukan dan disita adalah kenderaan*
sir Nazri
Certified Financial Investigator (AML)
PhD candidate (Law)