Friday, June 2, 2023

Modus Operandi Penipuan

Salam Jumaat

Perkongsian Ilmu : Modus Operandi Penipuan @ Scam di mana akaun  bank anda dikatakan telah dibekukan  dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)

Apa yang anda (masyarakat  umum)  perlu tahu agar tidak menjadi mangsa Penipuan  @scam ini:

1) Pihak Berkuasa seperti PDRM, SPRM,  Bank Negara Malaysia dan  lain2 TIDAK AKAN membuat panggilan telefon kepada individu dan maklumkan akaun bank mereka disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram (AMLA)  dan akan dibekukan.

2) Pihak Berkuasa TIDAK AKAN memberi arahan kepada individu untuk memindahkan wang mereka ke dalam akaun pihak ketiga bagi tujuan siasatan / audit yang bersifat sementara.

3) Untuk makluman anda maklumat perbankan adalah rahsia di bawah Akta Perkhidmatan  Kewangan 2013 dan  Akta Perkhidmatan  Kewangan Islam 2013.

4)Seandainya jika anda telah di siasat,  Pengawai Penyiasat akan menyerahkan dokumen  Perintah Pembekuan dibawah seksyen 44  Akta AMLA yang mana ada tercatat nama pengawai  penyiasat  dan agensi penguatkuasa. Anda boleh menghubungi pegawai penyiasat untuk mendapat maklumat lanjut.

5) sekiranya  anda menerima panggilan  telefon yang mencurigakan, anda perlulah buat due diligence  @ tanya soalan kepada pemanggil tersebut. Berhati-hati jangan memberi  maklumat kepada mereka.

6) kadang kala scammer ni telah buat profiling terhadap anda melalui pelbagai sumber khususnya  di media sosial

Sir Nazri
Kuala Lumpur

#awareness #education #knowledgesharing #knowledge #compliance #FollowTheMoney

Lawyer and Anti Money Laundering (AMLA) Law in Malaysia

Knowledge Sharing : Lawyers  and  AMLA in Malaysia. Lawyers  are classified as a Reporting  Institutions  under Designated Non Financial  Bu...