Perkongsian Ilmu - Kesalahan rasuah oleh organisasi komersial
Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial (Liabiliti Korporat). Melalui peruntuukan seksyen 17A ini, organisasi komersial juga mempunyai liability dan boleh dihukum sekiranyan pekerja atau kakitangannya terbabit jenayah rasuah
Kajian KPMG Malaysia Fraud, Bribery and Corruption Survey 2013 mendapati 71 peratus responden mengatakan, perniagaan tidak dapat dijalankan di Malaysia melainkan dengan membayar sejumlah rasuah.Rasuah bukan hanya masalah negara kita. Jenayah tanpa mangsa atau ‘victimless crime’ ini adalah masalah global. Dalam skop yang lebih luas, Transparency International menganggarkan, dunia kerugian sebanyak USD2.6 trilion setiap tahun kerana rasuah. Sejumlah USD1 trilion rasuah dibayar untuk pelbagai tujuan. Pertubuhan tersebut turut menyatakan, rasuah menyebabkan penambahan 10 peratus ke atas kos untuk menjalankan perniagaan.
Bila ia berkuatkuasa?
Pada 5 April 2018, Parlimen meluluskan pindaan Akta SPRM 2009 bagi mengukuhkan undang-undang berkaitan pencegahan rasuah di Malaysia. Undang-undang ini telah berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 iaitu selepas dua tahun kelulusan Parlimen.
Seksyen 17A Akta SPRM 2009 menyatakan:
(1) Suatu organisasi komersial melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu secara rasuah memberikan, bersetuju untuk memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang apa-apa suapan sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain dengan niat -
(a) untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan bagi organisasi komersial itu; atau
(b) untuk memperoleh atau mengekalkan faedah dalam menjalankan perniagaan bagi organisasi komersial itu.
Hukuman
Hukuman boleh dikenakan kepada (1) individu yang melakukan rasuah; (2) pengurusan organisasi yang mengarahkan atau membenarkan perlakuan rasuah itu dibuat; dan (3) organisasi komersial itu sendiri.
Sekiranya didapati bersalah, organisasi komersial atau individu yang terlibat boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai suapan, atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi; atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun;atau kedua-duanya sekali
Bagaimana Mengelakkan liabiliti korporat?
Garis Panduan Tatacara T.R.U.S.T :
1. Prinsip pertama: Top level commitment (Komitmen pengurusan atasan)
2. Prinsip kedua: Risk assessment (Analisa risko)
3. Prinsip ketiga: Undertake control measures (Pelaksanaan langkah kawalan)
4. Prinsip keempat: Systematic review, monitoring and enforcement (Pemantauan, penilaian dan penguatkuasaan secara sistematik)
5. Prinsip kelima: Training and communication (Latihan dan komunikasi)
Antara contoh kes(luar negara): Rolls-Royce
Rolls-Royce didakwa membayar jutaan pound bagi memperoleh kontrak kejuruteraan awam dan ketenteraan di beberapa buah negara. Rasuah dibayar oleh pegawai Rolls-Royce sendiri atau melalui orang tengah, dari tahun 1999 sehingga 2013.
Pada Januari 2017, melalui prosiding Deferred Prosecution Agreement (DPA), Rolls-Royce bersetuju membayar penalti sebanyak £671 juta bagi mengelakkan pendakwaan oleh pihak berkuasa United Kingdom, Amerika Syarikat dan Brazil. Walaupun Rolls-Royce telah dikenakan penalti, perkara itu tidak menghalang individu yang terlibat didakwa di mahkamah.
Pada November 2018, tiga bekas pegawai Rolls-Royce dan seorang pekerja syarikat perunding yang bertindak bagi pihak Rolls-Royce mengaku bersalah atas dakwaan rasuah. Turut didakwa adalah ‘orang tengah’ yang dilantik oleh Rolls-Royce.
#awareness #education #KnowledgeSharing #knowledge #FollowTheMoney #dakwahku #Corruption